Sunday, December 4, 2011

meruntun hatiku..:p

en tunang, tq so much dtg support!:))~maaf gmbr xcantek..;p


sblum memulekan asgnmnt yg b'timbun ni~marila kt update blog!=D
alhamdulillah, event class sy dgn kerjasame DBP setel ngan jayanye~terima kasih kpd sume sp0nsor2 kami terutame DBP..tak t'balas segale sume jasa mereka..
nk upload gmbr tapi mls~kt fb pun xupload lg..hehe


ni nak share puisi yg sgt meruntun hati wanita sy~ececeh..
puisi zahiril utk isteri yg t'cinta shera ayob~
perempuan kan suke kalu lelaki yg romantis~btuahnye shera!:)




Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana.

Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala

Isteriku.
Selamat datang ke hidupku.
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.

Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.



sy meleleh n hampir menitiskan airmate bile bc apatah lg shera~
mendalam kan makne die..
harap perkahwinan zahiril n shera kekal hingga ke syurga~amin:)




p/s: hepi 3rd monthlyvessary mr fiancee~luv u,hihihi;p

2 comments:

Lea Joe said...

berkaca-kaca mata ni membaca puisi syahdu zahiril tu. harap2 dpt jumpa org yg pndai berpuisi mcm tu jgk.. hehehe

siti khairunnisa said...

best kan lea~insyaALLAH, 1 day u'll find one dear:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails