Sunday, March 15, 2009

..cengkerik dan katak : antara tuduhan dan teguran

.. aku tertarik dengan kata-kata ini

"There are only two options regarding commitment; you're either in or you're out. There's no such thing as life in-between."

if you have this kind of attitude, you know what it mean. well, someone who dislike me would say,"apalah?!!" atau "so what", and i would love to say "so long s*cker!"

life tiada in between. if you cannot decide, just say this word,"i dont know" or "i dont have an answer" bukan senyap dan pergi buat b*d*h.

semua orang boleh kutuk, kritik dan bercakap, SEMUA ORANG BOLEH, namun ............... yang berfikir untuk MENYELESAIKAN MASALAH dan MEMBERIKAN IDEA BERNAS.

dahulu, aku pernah terbaca tentang budaya reaktif, apabila sesuatu terjadi, semua bising, pot pet pot pet, anyone with penyelesaian? *bunyi cengkering dan bunyi kipas di sini*

sekiranya banyak idea dikeluarkan, siapa akan pilih idea terbaik? *bunyi cengkerik lagi di sini*

dan apabila idea tidak dipilih atau diterima, siapa akan kritik dan kutuk mengutuk lebih cepat
*bunyi katak panggil hujan*

apabila inginkan sesuatu, siapa akan bersuara? *bunyi katak panggil hujan lagi*

dan boleh tak seorang akan tangan dan bersuara? *cengkerik bunyi lagi*

dan keputusan yang diambil adalah keputusan majoriti. *bunyi cengkerik tambah bunyi katak*

"yess, katak paling banyak bagi respons, kita akan panggil hujan."

budi bahasa budaya kita. kita. hurm.

cakap lembut dituduh lembut sangat.
tinggikan suara dituduh mencabar.
memberi cadangan dituduh terlalu terperinci,
memberi perancangan dituduh berjadual,
berhati-hati dituduh mengongkong,
mengajak dituduh menyibuk,
meminta dituduh gila pangkat,
meminta lagi dituduh diva,
menyuruh dituduh perasan pengarah,
mengajak berbincang dituduh cari gaduh,
meminta pendapat dituduh tidak melaksanakan kerja,
bertanya dituduh tak pandai membaca
meminta tolong dituduh menggedik
senyum dituduh menggatal
menjeling dituduh cemburu
berdiam dituduh bersalah
bersuara dituduh tak bersetuju
lambat dituduh buat perangai
awal dituduh 'mencapap'
beradab dituduh berlagak baik
bercakap kasar dituduh menyindir
menyindir dituduh rasa hebat

manusia
berkata mudah apabila disuruh diam
berkata apabila disuruh berkata-kata?
menghabiskan duit juga mudah apabila disuruh berjimat
mencari duit?
menyuruh mudah apabila disuruh buat kerja
disuruh memikirkan langkah seterusnya?
bertanya pun mudah apabila jawapan sedang dikatakan
apabila ditanya soalah yang belum dijawab?

hidup mahu mudah
bukan kah ada peribahasa

berkayuh-kayuh ke hulu, berenang-renang ke tepian,
bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian
kalo salah peribahasa tu, tolong betulkan.
adab menegur juga ada, bukan "hah, nisa tu syok sendiri menulis, peribahasa pun salah"

menegur dengan cara yang baik, "nisa, aku rasa peribahasa tu ....." atau "apa peribahasa ko letak dalam blog ko, yang betulnya macam ni la"

bukannya, dari jarak 20 meter boleh dengar, "kas, peribahasa ko tu tak betol, ko ni belajar dari mana, sesat ka apa?!!"

manusia mungkin akan lupa apa-apa yang kita katakan, tapi manusia akan ingat rasa ketika mendengar kata-kata itu.

aku juga manusia. WORD CAN COME OUT FROM MY MOUTH PROFUSELY. sometime, i didnt look before i leap, and most of the time, i try. BUT SOME PEOPLE.. are just being YOU KNOW WHO YOU ARE.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails